ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa umat Islam di seluruh dunia melawat dan melindungi Baitulmaqdis yang kini dilanda keganasan akibat tindakan rejim Yahudi memasang pengesan logam di kawasan sensitif itu.
Walaupun penggunaan alat pengesan logam di Masjid Al-Aqsa dan Dome of the Rock itu sudah dihentikan hari ini, suasana di kawasan berkenaan masih tegang.
“Dari sini saya menyeru seluruh umat Islam, sesiapa yang berpeluang patut melawat Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis,” katanya di sini. – AFP
www.indahnyaislam.my
