home Semasa Nasab anak luar nikah: Kelantan pertahan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan

Nasab anak luar nikah: Kelantan pertahan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan

 

KOTA BHARU – Kelantan tetap berpegang dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan kurang dari enam bulan selepas perkahwinan ibu bapanya tidak dibenarkan bin atau binti bapa kandungnya.

Mufti negeri, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Kelantan menerima keputusan yang dibuat sebelum ini kerana ia bersesuaian dengan mazhab Hanafi, Hanbali, Maliki da Shafi’e.

“Saya berpendapat, mungkin terdapat implikasi yang banyak jika keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak dipatuhi. Sebagai contoh akan berlaku perkahwinan tidak sah dan pergaduhan mewarisi harta,” katanya.

Justeru beliau menasihat umat Islam di Kelantan dan seluruh negara supaya mematuhi keputusan yang telah ditetapkan.

Beliau berkata demikian susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan anak tidak sah taraf boleh dibin atau dibintikan bapanya.

Khamis lalu, Hakim Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Rahman Sebli dalam keputusan penting setebal 29 muka surat dilaporkan berkata, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak terikat dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam menentukan nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak orang Islam yang dilahirkan luar nikah. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *