home Semasa Nasab anak luar nikah: Keputusan Jakim sama, kekalkan peraturan bin, binti Abdullah

Nasab anak luar nikah: Keputusan Jakim sama, kekalkan peraturan bin, binti Abdullah

 

BANGI – Penasaban anak tidak sah taraf orang Islam diteruskan seperti sedia ada sehingga keputusan Mahkamah Persekutuan diperoleh, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

“Semoga usaha pihak JPN melalui Jabatan Peguam Negara untuk menfailkan rayuan terhadap kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan akan berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan umat Islam di negara ini supaya bertenang berhubung isu itu sehingga ia diputuskan oleh mahkamah.

Sebelum ini, media melaporkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Rahman Sebli dalam keputusan penting setebal 29 muka surat berkata, Ketua Pengarah JPN tidak terikat dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam menentukan nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak orang Islam yang dilahirkan luar nikah.

Katanya, bidang kuasa ketua pengarah adalah sivil dan terhad kepada menentukan sama ada ibu bapa kanak-kanak telah memenuhi keperluan berdasarkan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) 1957 yang meliputi anak tidak saf taraf Islam dan bukan Islam.

Bagaimanapun, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengekalkan peraturan sedia ada berhubung penasaban anak luar nikah atau anak tak sah taraf orang Islam.

JPN memaklumkan bahawa jabatan itu tetap mematuhi dan bertindak selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohd Yazid Ramli berkata, sebarang pindaan terhadap pelaksanaan semasa hanya akan dipertimbangkan selepas keputusan Mahkamah Persekutuan diperoleh, setelah JPN menfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *