home Semasa Penyembelihan umat Islam di Srebrenica yang tragis

Penyembelihan umat Islam di Srebrenica yang tragis

 

Pada 11 Julai 2015 lalu genap dua dekad tragedi penyembelihan lebih 8,000 umat Islam Bosnia di Srebrenica oleh tentera Kristian Serb pimpinan “peminum darah” Rodovan Karadzic.

Banyak laporan dari agensi berita antarabangsa ketika itu menggambarkan pembunuhan pada 11 Julai 1995 itu sebagai terlalu kejam, malah lebih kejam daripada Adolf Hitler semasa Perang Dunia Pertama. Kekejaman Hitler diperbesar-besarkan oleh Yahudi, tetapi pembunuhan pembersihan etnik di Srebrenica adalah suatu yang benar dan didorong oleh perasaan jahat tentera Kristian Serb yang ultra kiasu.

Walaupun sudah dua dekad berlalu tetapi badan dunia seperti Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang didominasi oleh kelompok Yahudi Amerika Syarikat (AS) tidak bertindak dengan selayaknya. PBB “yakni AS” telah lama memusuhi Islam dan tragedi melibatkan orang Islam terkeluar dari agenda keutamaan badan dunia di bawah kawalan AS itu.

Buktinya manusia sejahat Karadzic masih boleh hidup selesa sekalipun International Criminal Tribunal of Former Yugoslavia (ICTY) di Hague, Belanda mendapati dia bersalah menganjurkan pembunuhan pembersihan etnik semasa Perang Bosnia.

Banyak pemerhati politik menjangka Karadzic akhirnya akan terlepas daripada sebarang hukuman walaupun terbukti bersalah membunuh lebih 8,000 umat Islam Bosnia dalam tragedi di Srebrenica.

Pembunuhan di Srebrenica ini adalah salah satu daripada pembunuhan terhadap umat Islam dalam Perang Bosnia yang meletus 6 April 1992 tidak lama selepas AS dan Eropah mengiktirafkan kemerdekaan Bosnia, sebuah negara yang sebahagian besar dihuni oleh umat Islam dan 30 peratus etnik Serb.

Perang Bosnia yang meletus selama tiga tahun itu dianggarkan telah mengorbankan lebih 200,000 umat Islam Bosnia.

Tragedi pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica tercatat dalam sejarah tamadun manusia sebagai yang paling buruk selepas Perang Dunia Kedua di Eropah. Peristiwa ini akan terus diingati sebagai pembuktian kekejaman yang dilakukan oleh Kristian terhadap Islam pada era moden.

Ini juga membuktikan prejudis kaum dan agama boleh membutakan mata kemanusiaan sesetengah pihak yang hanya memikirkan kepentingan kaum masing-masing.

Dari sudut politik, tragedi ini membuktikan kegagalan Eropah menangani isu politik di wilayah-wilayah bekas tanah jajahan Yugoslavia ini. Tidak banyak langkah proaktif yang diambil untuk membendung tragedi kemanusiaan yang buruk ini.

Barangkali kerana mangsanya Islam dan bukan Yahudi atau Kristian yang mempunyai kuasa politik ke atas dunia. Kekejaman ke atas mangsa yang tidak terlibat dengan krisis belum terbela.

Dalam isu Bosnia, PBB lebih banyak bermain wayang kerana bersikap berat sebelah kepada tentera Kristian Serb dan kepentingan negara Serbia. Misalnya PBB mengenakan sekatan ekonomi dan menghantar tentera mengiringi konvoi penghantaran makanan ke kawasan Islam Bosnia. Bagaimanapun melarang tentera berkenaan menentang tentera Serb.

Malah bukan rahsia lagi apabila PBB, AS dan negara-negara Eropah menolak tindakan ketenteraan ke atas Serbia di Bosnia yang membuatkan umat Islam terus disembelih. Maka tidak hairanlah kalau Penolong Setiausaha Negara AS, Richard Holbrooke berkata, “Ini adalah kegagalan terburuk Barat sejak 1930-an.”

 

Makam syuhada Srebrenica Bosnia

Mustahil

Karadzic dengan angkuhnya pernah memberitahu wartawan ketika acara “penyembelihan” ke atas umat Islam Bosnia berleluasa bahawa, “Serb dan Islam Bosnia macam kucing dengan anjing. Mereka tidak boleh hidup bersama-sama dengan aman. Mustahil,”.

Bill Clinton semasa berkempen Pilihan Raya Presiden pada 1992 berjanji akan menamatkan pembersihan etnik di Bosnia tetapi itu tidak lebih untuk mengambil hati pengundi Islam di AS.

Sebenarnya kekuatan tentera Serb berada pada skala amat rendah berbanding tentera AS atau Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Tetapi Serb kelihatan sangat kuat dan tidak mampu dihalang oleh AS atau badan dunia seperti PBB dan NATO.

Membiarkan lebih 200,000 umat Islam dibunuh dalam Perang Bosnia dan lebih 8,000 lagi menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai adalah suatu kekejaman yang dilakukan secara sistematik dengan izin AS, PBB dan NATO.

Bagaimanapun selepas dua dekad, masyarakat dunia tidak begitu memperkatakan tragedi ini berbanding pembunuhan etnik Yahudi oleh Hilter yang menjadi bahan media serta dijadikan bahan budaya popular seperti filem dan muzik.

Dalam kalangan pakar sejarah, mereka percaya pembunuhan ke atas Yahudi tidak sebesar yang dilaporkan. Tetapi disebabkan Yahudi menguasai semua bidang termasuk media dan budaya popular, pembunuhan yang digelar holocaust itu diperbesarkan seolah-olah Yahudi mangsa penindasan.

Ini juga membangkitkan perjuangan Yahudi pada hari ini. Hal ini sama dengan Yahudi menzalimi rakyat Palestin sejak tahun 1948 hingga kini, kezaliman itu tidak diperbesarkan di media seperti holocaust kerana Yahudi yang mengawalnya.

Tragedi di Srebrenica juga membuktikan Islam bukan agama yang menganjurkan keganasan, kekejaman dan kezaliman. Kalau Islam itu ganas sudah tentu umat Islam tidak menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai oleh Kristian.

Ini juga jawapan kepada AS yang sengaja memberikan gambaran salah kepada dunia dengan menyekutukan Islam dan keganasan selepas tragedi serangan 11 September 2001. AS menggunakan serangan itu (banyak percaya dirancang oleh AS) sebagai platform politik untuk menindas Islam di luar AS.

Pada sisi Bosnia, ini adalah satu kesilapan besar terlalu percaya dengan jiran mereka Serbia. Kedua-dua negara ini adalah bekas Yugoslavia, salah satu negara blok komunis di Eropah Timur.

Ini memberikan pengajaran kepada semua termasuk kita supaya tidak mempercayai negara jiran yang bermulut manis atau pun yang bongkak sekalipun kita menyuap makanan kepada rakyatnya. Pengalaman Bosnia perlu dijadikan iktibar dalam hubungan dengan negara jiran. Bosnia menjadi mangsa kepada jiran.

Dari skop yang luas, pembersihan etnik terhadap umat Islam bukan sahaja berlaku di Bosnia. Di negara berhampiran kita, Myanmar misalnya, kerajaan seolah-olah mengizinkan pelampau Buddha melakukan pembersihan etnik terhadap umat Islam etnik Rohingya.

Kampung halaman dan harta benda dibakar, wanita Islam dirogol dan dibunuh oleh pelampau Buddha dengan restu tentera kerajaan. Pembersihan etnik terus berlaku di Myanmar dan seperti tidak ada usaha untuk menghalangnya, sama ada oleh Myanmar atau ASEAN.

Kalau di Bosnia, dunia menyalahkan Eropah kerana gagal menangani konflik berdarah dan kekejaman, pembersihan etnik di Myanmar membuktikan kegagalan ASEAN memberikan tekanan kepada Myanmar.

Malaysia yang menjadi tuan rumah ASEAN tahun ini diharap dapat menggerakkan ASEAN membuat anjakan dan bukan beretorik dalam setiap sidang yang mempertemukan pemimpin-pemimpin negara ASEAN. Pelampau Buddha juga kalau dibiarkan akan menjadi lebih kejam dan ganas daripada Kristian Serb.

Ku Seman Ku Hussain

Sumber: http://www.utusan.com.my/rencana/dua-dekad-penyembelihan-di-srebrenica-1.114639

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *