home Semasa Raffles, Islam dan liberalis

Raffles, Islam dan liberalis

 

“Raffles’ discourse on Islam shifted from admiration to the belief that it had brought detriment to the Malay Archipelago. From his point of view, Islam was to be identified with fanaticism, violence and bigotry. The religion had sown corruption and despotism, which limited the intellectual and social progress of the Malays.”

“None of his biographers have attempted to explain in detail the reasons behind this change. Perhaps, the most pertinent factor amongst all was his acquaintance with an evangelical form of Christianity.”

“From 1810 onwards, Raffles began his campaign against the faith that he had once admired. This shift in discourse away from his previously positive image of Islam partly coincided with his new relationship with the first Earl of Minto and his subsequent entrance into the brotherhood of the Freemasons.”

(Aljunied, 2003)

‘History of Java’ tulisan Raffles yang merekodkan pandangan negatif Raffles terhadap Islam, yang amat berbeza dengan pandangan awalnya.

—–
Menurut kajian Aljunied ini, catatan dan pengkaji Raffles sendiri mengakui bahawa Raffles melihat Islam dengan satu perspektif yang baik melalui pengalaman peribadinya melihat komuniti Islam di Pulau Pinang.

Menurut kajian ini juga, faktor penyertaan Raffles ke dalam persaudaraan Freemasons adalah punca pandangannya terhadap Islam berubah 180 darjah. Islam di matanya berubah menjadi agama bagi orang-orang gasar, tidak bertamadun, suka merompak, dan lain-lain.

Jika diteliti, keterangan dan penyataan Raffles terhadap Islam selepas penyertaannya ke dalam Freemason amat serupa dengan keterangan dan penyataan kebanyakan golongan anti-Islam dari kalangan liberalis dan sekularis anti-Islam pada hari ini.

Saya membuat 2 kesimpulan ringkas berdasarkan kajian di atas:

1. Freemason/Kristian Evangelis mempunyai agenda mewarnakan Islam dengan ciri-ciri negatif tertentu. Mereka juga melakukan doktrinasi terhadap perkara tersebut di kalangan pengikutnya dan orang yang berada di bawah pengaruh mereka.

2. Hujah serta argumen golongan liberalis dan sekularis anti-Islam pada hari ini adalah amat menyerupai hujah dan deskripsi Raffles terhadap Islam yang amat negatif, setelah dia menyertai Freemason. Terma seperti ‘Islam menyemai kebencian’, ‘Islam menyemai ketaksuban’, serta ‘Islam menyemai keganasan’, adalah terma negatif yang hanya digunakan oleh Raffles setelah menyertai dan dipengaruhi oleh Freemasons/Kristian Evangelis.

Ustaz Syed Ahmad Israa’

Sumber: https://www.facebook.com/s.a.israa/posts/10212459367253611

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *