home Semasa Aman Palestin buka cawangan di Indonesia

Aman Palestin buka cawangan di Indonesia

 

BANGI – Aman Palestin Berhad sebuah pertubuhan yang giat membantu menyalurkan dana kepada rakyat Palestin, kini secara rasmi membuka cawangan baharunya di Indonesia.

Pejabat Aman Palestin Indonesia yang dibuka di Bandung telah dirasmikan pada Ahad lalu oleh Ketua Pegawai Eksekutif AP, Ustaz Awang Suffian Awang Piut.

Pembukaan itu adalah antara cawangan Aman Palestin di luar negara, selain di Gaza.

Pengarah Aman Palestin Indonesia, Miftahudin Kamil MA berharap dengan penubuhan cawangan itu, rakyat Indonesia lebih memandang serius isu di Palestin dan memudahkan menyalur bantuan kepada umat Islam di sana.

Jelasnya, Aman Palestin Indonesia juga kini giat menjalankan beberapa program sejak April lalu.

Malah beliau berkata, Aman Palestin juga turut menjalankan misi bantuan kemanusiaan di beberapa negara konflik lain seperti Syria dan Timur Tengah. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *