home Semasa Arab Saudi mahu buka semula sempadan Arar-Iraq selepas 27 tahun ditutup

Arab Saudi mahu buka semula sempadan Arar-Iraq selepas 27 tahun ditutup

 

BAGHDAD, 23 Zulkaedah 1438H, Rabu – Arab Saudi merancang untuk membuka semula pintu sempadan Arar dengan Iraq buat kali pertama sejak 1990, menurut media tempatan Arab.

Pengumuman itu disusuli dengan keputusan oleh Kabinet Saudi untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya perdangangan bersama dengan Iraq.

Pegawai Arab Saudi di Baghdad, Abdul Aziz al-Shammari berkata, sempadan antara dua negara itu dijangka dibuka tidak lama lagi, yang dikhaskan sebagai laluan untuk pengangkutan barang.

Menurut akhbar Makkah melaporkan, pegawai Saudi dan Iraq melawat tapak tersebut pada Isnin dan memaklumkan bahawa akses sempadan itu hanya dihadkan sekali setahun sepanjang musim haji.

Sementara itu, Gabenor wilayah Anbar, Sohaib al-Rawi berkata, pihaknya menyambut baik keputusan membuka semula sempadan itu dan kerajaan Iraq telah menghantar pasukan keselamatan bagi melindungi kawasan berkenaan.

Katanya, keputusan itu secara tidak langsung disifatkan sebagai langkah meningkatkan hubungan antara dua negara (Arab Saudi-Iraq).

“Ia adalah permulaan yang baik untuk membentuk kerjasama masa depan antara Iraq dan Arab Saudi,” katanya.

Sempadan berkenaan ditutup sebelum ini selepas Baghdad dan Riyadh memutuskan hubungan ekoran pencerobohan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein ke atas Kuwait.

Sumber : ismaweb

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *