home Semasa “Bolehkah dron ini bawa saya ke Makkah?”

“Bolehkah dron ini bawa saya ke Makkah?”

 

Al-Hassan Abdullah merupakan seorang muslim di sebuah perkampungan di Ghana. Sebuah dron milik syarikat berita dari Turki telah terjatuh di hadapan rumahnya ketika membuat rakaman.

Wartawan syarikat tersebut pergi untuk mendapatkan dron itu lalu menjumpai ia berada di tangan seorang lelaki tua ini. Lalu Al-Hassan bertanya dan membuat satu permintaan yang kelihatan naif tetapi cukup menarik kepada wartawan tersebut:

“Bolehkah dron ini bawa saya ke Makkah?”

Wartawan tersebut telah memaparkan gambar Al-Hassan bersama cerita ini di akaun twitter miliknya, dan ia tular dalam masa beberapa minit sahaja. Tidak lama selepas itu kisah ini telah mendapat perhatian Menteri Luar Turki.

Kerajaan Turki telah menghubungi lelaki tua ini, dan memberitahunya bahawa mereka akan membiayainya untuk pergi menunaikan haji. Al-Hassan dilaporkan telah berangkat ke Jeddah beberapa hari lepas.

Begitulah kisah bagaimana Allah memanggil hamba-Nya yang ikhlas ke rumah-Nya.

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *