home Semasa Israel lanjut tempoh tahanan Sheikh Raed Salah

Israel lanjut tempoh tahanan Sheikh Raed Salah

 

TEBING BARAT – Israel melanjutkan tempoh tahanan pejuang Masjid Al-Aqsa, Sheikh Raed Salah selepas ditangkap minggu lalu atas dakwaan mempertahankan tapak suci berkenaan dan menyokong gerakan Islam di wilayah Palestin.

Peguam Salah berkata, pendakwa Israel menuntut mahkamah rejim untuk memperbaharui tempoh reman ‘Sheikh al-Aqsa’ itu sehingga Khamis.

Salah, 58, yang menetap di wilayah pra-1967 yang diduduki Israel, ditangkap pada 15 Ogos lalu atas dakwaan menyokong keganasan.

Dilaporkan, askar Zionis menggeledah rumah pemimpin Islam itu dan membawanya ke pusat soal siasat Israel, di Shin Bet.

Beliau merupakan salah seorang pejuang aktif Palestin yang giat menyingkirkan langkah-langkah keselamatan kontroversi Israel terhadap tapak suci al-Aqsa.

Pada November 2016, kerajaan Israel telah mengharamkan Pergerakan Islam Palestin 1948 atas alasan pertubuhan itu menyemai kebencian dan berselindung di bawah slogan ‘Aqsa dalam bahaya’.

Sheikh Raed dalam kenyataannya sebelum ini berkata, jika beliau diberi pilihan antara memasuki penjara atau berhenti memperjuangkan Masjid Aqsa, beliau lebih rela dipenjara. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *