home Semasa Israel usaha tutup Al-Jazeera di Jerusalem

Israel usaha tutup Al-Jazeera di Jerusalem

 

BAITUL MAQDIS – Israel merancang membatalkan kelayakan wartawan Al Jazeera dan menutup pejabat rangkaian itu di Jerusalem, kata Menteri Komunikasi negara haram itu.

Ayoub Kara membuat pengumuman itu semalam ketika sidang akhbar di mana Al Jazeera dihalang menghadirinya.

Kara berkata, beliau menjangka Knesset Israel akan mempertimbangkan permintaannya pada sesi berikutnya.

Bagaimanapun media yang berpangkalan di Doha itu mengecam langkah-langkah yang ingin dikenakan oleh sebuah negara yang mendakwa sebagai ‘satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah’. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *