home Semasa Jangan tulis status ‘bapa tidak diketahui’ pada sijil lahir anak tak sah taraf

Jangan tulis status ‘bapa tidak diketahui’ pada sijil lahir anak tak sah taraf

KUANTAN, 21 Zulkaedah 1438H, Isnin – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dinasihat supaya tidak meletakkan status bapa tidak diketahui dalam sijil kelahiran anak-anak tidak sah taraf.

Sebaliknya, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman meminta jabatan itu menggunakan bin atau binti Abdullah, mahupun nama-nama Allah seperti yang dinyatakan dalam al-Quran terhadap anak berkenaan.

“Jangan tulis tidak diketahui, hendaklah sebut Abdullah, Abdul Rahman atau nama Allah lain. Tiada masalah dan dibolehkan kalau tidak mahu gunakan Abdullah dan itu lebih selamat.

“Yang jadi masalahnya bila ayah tidak diketahui,itu tak betul. Sepatutnya tak boleh begitu,” katanya kepada pemberita.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan bahawa Pahang kekal mengikut keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung isu nasab anak tidak sah taraf.

Katanya, jika membenarkan anak tidak sah taraf menggunakan nama bapa biologi, ia akan menyebabkan banyak kerosakan seperti masalah zina dalam kalangan anak muda.

sumber:ismaweb

text gambar

2 thoughts on “Jangan tulis status ‘bapa tidak diketahui’ pada sijil lahir anak tak sah taraf

  1. Membenarkan penggunaan bin Abdullah atau binti Abdullah… Mengakibatkan anak yg tak berdosa membawa aib kesalahan mak bapak sepanjang hayat.
    Soalan saya kenapa perkara ini hanya di praktikkan di Malaysia dan tidak di amalkan di negara islam lain. Adakah pihak pihak mufti telah membuat kajian terperinci.

    Keputusan mahkamah syariah Jordan… Membenarkan anak tak sah taraf di bin kan kepada bapa biology nya…keputusan Mahkamah syariah Jordan ini bersamaan fatwa yg telah di wartakan di negeri Perlis.

  2. Kepada sesiapa yang mempunyai masalah anak tak sah taraf nie bole call saya 0122375631 utk makluman lanjut insyallah saya bantu dari sudut perundangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *