home Semasa Pakatan diketuai Ikhwanul Muslimin menang besar pilihan raya tempatan Jordan

Pakatan diketuai Ikhwanul Muslimin menang besar pilihan raya tempatan Jordan

 

AMMAN – Pakatan parti diketuai biro politik Ikhwanul Muslimin Jordan mencatat kemenangan dalam pilihan raya tempatan, semalam.

Sayap parti politik Ikhawnul Muslimin, Islamic Action Front (IAF) berkata, Pakatan Pembaharuan Kebangsaan menang lima daripada 12 kerusi di Amman dan 25 dari 48 kerusi majlis daerah.

“Pada peringkat majlis tempatan, gabungan itu memenangi 41 kerusi, daripada 88 calon,” kata Ketua Panel Pilihan Raya IAF, Murad al-Adayla.

Lebih 6,500 calon bertanding untuk 2,444 kerusi di seluruh negara, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas Jordan (IEC) Jordan.

Walaupun bilangan calon yang besar, hanya 31 peratus dari 4.1 juta pemilih yang layak mengundi. Meskipun jumlah pemilih rendah, pihak berkuasa Jordan memuji keputusan pilihan raya itu.

“Kami berjaya memenangi jawatan presiden tiga majlis perbandaran utama selepas memboikot pilihan raya itu selama 10 tahun,” kata calon, Mohammed Marwan, sambil berkata ia merupakan satu pencapaian penting.

Pilihan raya itu diadakan mengikut undang-undang pengagihan kuasa kerajaan pusat yang dikuatkuasakan pada 2015.

Mengikut undang-undang itu, semua 12 wilayah di Jordan akan mempunyai majlis eksekutif, dilantik oleh kerajaan dan diketuai seorang gabenor wilayah. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *