home Semasa Isu Rohingya: Rejim Myanmar dikecam masyarakat antarabangsa

Isu Rohingya: Rejim Myanmar dikecam masyarakat antarabangsa

 

RAKHINE – Pasukan keselamatan Myanmar dan pemimpinnya, Aung San Suu Kyi berdepan kecaman teruk daripada masyarakat antarabangsa atas penderitaan yang dihadapi etnik minoriti Islam Rohingya, baru-baru ini.

Hampir 90,000 Rohingya membanjiri sempadan Bangladesh dalam tempoh 10 hari lalu ekoran pertempuran yang meningkat antara pejuang etnik berkenaan dan tentera rejim Myanmar di barat Rakhine.

Etnik minoriti muslim itu terpaksa hidup di bawah sekatan-sekatan sistem pemerintahan ras (apartheid) seperti pergerakan dan kewarganegaraan.

Gelombang kekerasan itu bermula pada Oktober lalu apabila kumpulan pejuang Rohingya menyerang pos keselamatan rejim Myanmar di sempadan.

Kejadian itu menjadikan Rakhine sebagai yang terburuk dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan rejim Myanmar mungkin cuba melakukan pembersihan etnik (jenayah genosid).

Krisis bertambah buruk lagi apabila Suu Kyi enggan mengulas atau mengambil sebarang tindakan untuk menangani penindasan terhadap Rohingya atau menghukum rejim negara itu.

Malah, dia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan sejak pertempuran terakhir berlaku pada 25 Ogos lepas.

Suu Kyi adalah penerima Anugerah Nobel Keamanan yang pernah memikat komuniti antarabangsa kerana perjuangannya untuk menegakkan demokrasi.

Dia kini berdepan kritikan hebat antarabangsa, malah sesetengah pihak sedang melihat sama ada Jawatankuasa Nobel, yang memberikan penghormatan kepadanya pada tahun 1991, akan mengkritiknya secara terbuka atau menarik balik penganugerahan itu.

Krisis Rohingya menjadi perhatian antarabangsa tidak hanya PBB dan organisasi hak asasi manusia malah negara-negara Islam dunia termasuklah Pakistan, Malaysia dan Turki.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman mempersoalkan ‘kebisuan’ Suu Kyi sebagai pemimpin negara berhubung krisis itu sehingga kini.

“Secara terang-terangan saya tidak berpuas hati dengan Aung San Suu Kyi. Sebelum ini, dia berdiri untuk prinsip hak asasi manusia. Sekarang dia seolah-olah tidak melakukan apa-apa,” katanya.

Sementara Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menekankan kepada semua pemimpin dunia untuk terus membantu Rohingya yang disifatkannya berdepan dengan jenayah genosid.

Katanya, Turki akan membangkitkan isu krisis etni itu pada Perhimpunan Agung PBB di New York penghujung bulan ini. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *