home Semasa PM Palestin dijangka melawat Gaza awal Oktober

PM Palestin dijangka melawat Gaza awal Oktober

 

JERUSALEM – Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah dijangka mengadakan lawatan ke Gaza pada awal Oktober depan sebagai sebahagian daripada usaha mengakhiri perpecahan selama sedekad antara Fatah dan Hamas.

Lawatan itu susulan daripada rundingan antara Hamas dengan Mesir, yang telah menggesanya mengambil langkah ke arah perdamaian dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Fatah dan Hamas telah berpisah selama sedekad, dengan pentadbiran berasingan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

“Perdana Menteri Rami, Hamdallah telah memutuskan selepas berunding bersama Presiden Mahmud Abbas yang kerajaan itu akan mengadakan mesyuarat mingguannya di Gaza minggu depan.

“Hamdallah dan anggota kerajaan akan tiba di Gaza Isnin depan untuk memulakan mengambil alih tanggungjawab kerajaan selepas Hamas mengumumkan persetujuannya untuk membubarkan jawatankuasa pentadbiran dan membolehkan kerajaan menyambung semula tanggungjawab penuh,” kata jurucakap kerajaan Yusuf Al Mahmoud dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi Palestin, WAFA.

Hamdallah tidak percaya akan berkunjung sekali lagi ke Semenanjung Gaza selepas yang terakhir pada 2015, turut memaklumkan mengenai lawatannya itu di laman Facebook.

“Saya akan berkunjung ke Semenanjung Gaza yang dicintai pada Isnin depan bersama kerajaan dan semua badan-badan, pihak berkuasa serta perkhidmatan keselamatan.

“Kami berharap semua parti dan pihak Palestin akan menumpu pada kepentingan negara untuk membolehkan kerajaan terus melaksanakan semua fungsinya dalam cara yang memberi khidmat utama kepada rakyat Palestin,” tulisnya.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *