home Semasa Rakyat Palestin turut simpati kepada Rohingya

Rakyat Palestin turut simpati kepada Rohingya

 

GAZA – Dalam pada mereka sendiri berdepan kekejaman rejim Zionis Israel, rakyat Palestin tidak melupakan kesengsaraan dihadapi umat muslim Rohingya di Rakhine, Myanmar.

Dalam satu perhimpunan aman anjuran Pergerakan Perjuangan Palestin (Hamas), puluhan belia Palestin turut serta bagi menunjukkan solidariti kepada umat Islam di wilayah itu.

Mereka membawa plakad yang mengecam pembunuhan besar-besaran umat Islam Rohingya dan menyeru tindakan pantas untuk melindungi mereka.

Pegawai Kanan Hamas, Zakariya Zain Addin dalam ucapannya kepada peserta, menyatakan simpati masyarakat Gaza terhadap umat Islam di Rakhine.

 

 

Beliau turut menyeru pemimpin Islam untuk campur tangan bagi membendung jenayah terhadap mereka.

Beliau juga merayu kepada kumpulan hak asasi manusia PBB dan antarabangsa untuk bergerak segera bagi menamatkan ketidakadilan yang ditimbulkan terhadap umat Islam di Myanmar.

Rakyat Palestin sendiri sekarang berdepan dengan pelbagai ancaman daripada rejim Zionis, termasuk pengusiran daripada kediaman mereka, berikutan peluasan penempatan Yahudi, terutama di Timur Jerusalem. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *