home Semasa Timbalan Mufti Perak cadang buka dobi layan diri di masjid

Timbalan Mufti Perak cadang buka dobi layan diri di masjid

 

BANGI – Buka premis dobi layan diri di kawasan masjid. Demikian kata Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim apabila ditanya pandangan beliau berhubung kontroversi kedai dobi khas untuk umat Islam yang tular sejak seminggu lalu.

“Suka saya mencadangkan masjid-masjid di negeri Perak Darul Ridzuan khususnya di bandar-bandar menyediakan perkhidmatan dobi layan diri,” katanya.

Jelas beliau, banyak manfaat yang diperolehi umat Islam sekiranya perkhidmatan dobi diletak di masjid, bahkan dapat menjana pendapatan kepada masjid itu sendiri.

Beliau juga Yang Di Pertua Isma Ipoh berkata, dobi layan diri juga memberi peluang secara tidak langsung kepada ahli qaryah untuk mendekatkan diri dengan masjid.

“Tidak mustahil, mereka yang jarang pergi masjid akan rajin solat jemaah di masjid. Sementara tunggu pakaian yang dibasuh siap, mereka boleh solat atau baca al-Quran.

Jadikan perkhidmatan ini sebagai salah satu elemen masjid sebagai one stop center.

“Ini peluang yang baik. Dengan dobi layan diri ini, bermacam kebaikan boleh buat. Dalam masa sama boleh membuka peluang kepada mereka yang ingin berwaqaf. Waqaf pusat dobi untuk kegunaan masyarakat, besar ganjarannya,” kata Ustaz Zamri. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *