home Semasa Umat Islam Moscow berhimpun bantah kekejaman Myanmar terhadap Rohingya

Umat Islam Moscow berhimpun bantah kekejaman Myanmar terhadap Rohingya

 

MOSCOW – Umat Islam di Moscow berkumpul di hadapan pejabat kedutaan Myanmar di pusat bandar itu Ahad lalu, sebagai menyuarakan bantahan mereka terhadap jenayah genosid dan penindasan ke atas etnik minoriti Islam Rohingya di wilayah barat Rakhine.

Agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan memberitahu, orang ramai berkumpul di Bolshaya Nikitskya Street untuk menyokong umat Islam di sana yang menderita dengan kekejaman dilakukan oleh rejim Myanmar.

Keadaan itu menyebabkan polis dan pegawai pengawal kebangsaan Rusia dikerah ke tempat kejadian bagi memantau keselamatan dan mencegah sebarang insiden provokasi.

Bagaimanapun, jurucakap polis Moscow mengesahkan bahawa tidak berlaku sebarang pelanggaran ketenteraman awam ketika demonstrasi itu.

Sementara itu, media Republik Chenchen Rusia melaporkan bahawa ribuan penduduk majoriti umat Islam berkumpul di bandar Grozny pada Isnin lalu, sebagai membantah tindakan keras rejim Myanmar ke atas Rohingya.

Mufti Chechen, yang juga ulama besar di rantau itu mengesahkan bahawa perhimpunan berkenaan diadakan bersebelahan masjid Akhmat Kadyrov, pusat agama utama di republik tersebut.

Hampir 90,000 Rohingya membanjiri sempadan Bangladesh dalam tempoh 10 hari ekoran pertempuran yang meningkat antara pejuang etnik berkenaan dan tentera rejim Myanmar.

Gelombang kekerasan itu bermula pada Oktober lalu apabila kumpulan pejuang Rohingya menyerang pos keselamatan rejim Myanmar di sempadan.

Kejadian itu menjadikan Rakhine sebagai yang terburuk dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan rejim Myanmar mungkin cuba melakukan pembersihan etnik (jenayah genosid). – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *