home Semasa Anak pejuang syahid baru lahir

Anak pejuang syahid baru lahir

 

BANGI – Menyayat hati…tika anak dilahirkan, si ayah kembali menghadap Maha Pencipta, selepas syahid dalam letupan terowong di Semenanjung Gaza, malam tadi.

Ahmed Abo Armana berusia 25 tahun, meninggal dunia selepas rejim Zionis melancarkan roket ke arah sebuah terowong, DI Der Al Balah, Timur Khan Younis.

Beliau antara enam yang syahid, termasuk dua pemimpin pejuang Hamas dan sayap bersenjata mereka, Briged Al-Qassam.

Memetik kenyataan Aman Palestin (AP), isteri Armana selamat melahirkan anak mereka pagi tadi.

“Bayi ini telah dilahirkan hari ini, dan dalam masa yang sama menjadi anak yatim apabila ayahnya Ahmad Abu Armanah telah syahid dalam serangan yang telah dilancarkan tentera Israel.

“Bayi ini telah diberi nama Ahmad oleh ibunya sepertimana nama ayahnya,” kata AP dalam satu kenyataan.

 

Antara yang syahid dalam letupan terowong di Semenanjung Gaza, malam tadi.

www.indahnyaislam.my

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *