home Semasa Fatah, Hamas meterai perjanjian damai

Fatah, Hamas meterai perjanjian damai

 

GAZA – Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah) yang dipimpin oleh Presiden Mahmoud Abbas dan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) akhirnya memeterai perjanjian damai pada Khamis lalu.

Perjanjian yang dikendalikan oleh Mesir itu termeterai selepas Hamas bersetuju untuk menyerahkan pentadbiran Gaza, termasuk sempadan utama Rafah kepada kerajaan perpaduan.

Menerusi perjanjian itu, Fatah dijangka mengambil alih kawalan pentadbiran Gaza daripada Hamas selewat-lewatnya pada 1 Disember ini.

Perjanjian menukar kuasa pentadbiran di Gaza itu menandakan perubahan besar Palestin, selain didakwa disebabkan kebimbangan pengasingan kewangan dan politik selepas pembiaya utamanya, Qatar terpalit dalam pertikaian diplomatik dengan Arab Saudi dan sekutunya.

Penyatuan antara dua parti yang bertelagah di Palestin itu, menimbulkan rasa tidak senang oleh Israel, dan menganggap usaha keamanan dengan rejim itu sukar dicapai.

“Bersatu dengan pembunuh adalah sebahagian masalah, bukan sebahagian penyelesaian. Bersetuju dengan keamanan dan bukan bersama-sama dengan Hamas,” katanya Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *