home Semasa Israel serbu, tahan 51 rakyat Palestin

Israel serbu, tahan 51 rakyat Palestin

 

JERUSALEM – Polis Israel menyerang kawasan kejiranan Palestin di Timur Jerusalem dan menangkap 51 orang penduduknya yang dituduh melakukan protes ganas terhadap pasukan keselamatan itu, awal minggu ini.

Seramai 51 rakyat Palestin dari Issawiya ditahan didakwa terlibat dalam rusuhan dan insiden berkaitan pengganas baru-baru ini, termasuk membaling batu dan bom api terhadap pasukan keselamatan Israel, kata pihak berkuasa rejim itu dalam satu kenyataan.

Kesemua mereka dilaporkan didakwa di mahkamah sehari selepas penahanan itu.

Polis telah menyerbu Issawiya dan beberapa kawasan kejiranan Palestin lain di Jerusalem sejak tiga bulan lalu, selepas ketegangan yang berlaku ekoran langkah memasang alat pengesan logam di pintu utama tapak suci di Masjid Al Aqsa.

Golongan belia Palestin di bahagian timur Baitulmaqdis kerap bertembung dengan pasukan keselamatan Israel ketika protes menentang penjajahan rejim itu.

Israel menduduki timur Jerusalem dan Tebing Barat sejak 1967, yang kemudiannya membina timur Jerusalem dalam satu gerakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *