home Semasa Kewangan Islam perlu teroka teknologi kewangan: Sultan Nazrin

Kewangan Islam perlu teroka teknologi kewangan: Sultan Nazrin

 

KUALA LUMPUR: Kewangan Islam perlu meneroka teknologi kewangan sejajar dengan keperluan pembiayaan global.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah ini sejajar dengan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), iaitu teknologi individu sedang pesat dibangunkan dan memperkukuh antara satu sama lain, kata Sultan Nazrin.

Baginda bertitah, keperluan untuk menyertai dan melabur dalam 4IR sangat penting.

“Kewangan Islam tidak boleh dipinggirkan sebagai satu daripada bentuk teknologi kewangan.

“Ia boleh dikatakan sesuai untuknya, memandangkan skim pembiayaan berkongsi keuntungan dan kerugian dalam kalangan peserta,” titah baginda dalam ucapan pembukaannya di Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Ke-14 (KLIFF) 2017, di sini, hari ini.

Sultan Nazrin juga bertitah, pendekatan pembiayaan ‘sesuai bagi semua orang’ perlu diiketepikan, sebaliknya memilih penyelesaian kewangan lebih khusus dan berstruktur.

“Sekarang ini boleh dilaksanakan dengan sejumlah besar data raya sedang dijana, dengan syarat institusi kewangan Islam boleh mengurus, menganalisis dan menyesuaikan produk bagi perbadanan dan individu dengan cara yang sama,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah, kewangan Islam juga perlu bergerak seiring dengan ciri-ciri kewangan global yang pantas berubah, di samping tidak bertolak ansur dan terus mengekalkan prinsip dan etika syariah. – Bernama

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *