home Semasa Lukisan Along tarik orang ateis peluk Islam

Lukisan Along tarik orang ateis peluk Islam

 

KUALA LUMPUR: Selain kaligrafi, seni lukisan visual berupaya menjadi medan dakwah dan platform untuk menonjolkan keindahan seni dalam Islam.

Pelukis veteran, Mazlan Noor atau lebih dikenali sebagai Along, yang banyak menghasilkan karya universal dan berunsurkan keagamaan berpuas hati apabila karyanya banyak mendapat perhatian orang bukan Islam.

“Skop berdakwah ini sangat luas dan pelbagai cara kita boleh laksanakan, namun apa yang disampaikan itu mestilah jelas.

“Saya berharap agar segala karya ini dapat dijadikan medan dakwah dan diterima semua orang,” katanya kepada BERNAMA selepas pelancaran Pameran Gema Echoes di Galeri Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di sini.

 

 

Mazlan turut mengajak pengkarya seni lain menjadikan platform seni sebagai alternatif dalam menyebarkan keistimewaan agama Islam.

Menceritakan pengalamannya sebagai anak seni, Mazlan amat bersyukur selepas lukisannya berjaya menarik seorang Ateis memeluk agama Islam.

Mazlan mempamerkan 13 karya seni lukisan menjayakan pameran kali kelima itu bersama tiga pelukis lain, iaitu Prof Datuk Dr Abdul Jalil Othman, Shafie Hassan dan Charlotte Donvang.

Empat pelukis itu menampilkan karya pelbagai aliran pada pada pameran Gema Echoes yang berlangsung selama sebulan bermula kelmarin. – Bernama

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *