home Semasa Aman Palestin bina semula Masjid Imam Shafie di Gaza

Aman Palestin bina semula Masjid Imam Shafie di Gaza

 

BANGI – Pembinaan semula masjid Imam Shafie di Gaza masih diteruskan sehingga hari ini, selepas dimusnahkan rejim Zionis pada tahun 2014.

Aman Palestin Berhad dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab penuh dalam pembinaan semula masjid berkenaan.

Katanya, membaik pulih Masjid Imam Shafie memerlukan kos sebanyak AS$2.65 juta yang mana akan ditaja sepenuhnya oleh Aman Palestin.

“Alhamdulillah, bahagian tapak masjid telah siap dibina dan proses pembinaan bahagian-bahagian lain akan dilaksanakan sedikit demi sedikit sehingga selesai.

“Masjid yang dibina semula itu akan memberi ruang kepada 2,500 jemaah yang ingin beribadah dan mempelajari ilmu agama di Gaza selepas Zionis Israel memusnahkan masjid tersebut,” kata kenyataan itu.

Aman Palestin berkata, bagi fasa pertama ia melibatkan pembersihan kawasan daripada sisa runtuhan dan telah diselesaikan dengan jayanya.

“Fasa kedua adalah pemasangan struktur besi untuk kawasan dewan yang kini digunakan sebagai masjid sementara.

“Manakala fasa ketiga adalah pembinaan bahagian utama masjid dengan keluasan 2,500 meter persegi,” katanya.

Pada masa sama, Aman Palestin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan untuk pembangunan di Gaza.

“Terima kasih kepada para penyumbang yang memberi sumbangan dalam pembinaan Masjid Imam Shafie dan projek-projek Aman Palestin,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *