home Semasa Kemaskini Fatwa Kutipan Zakat 2017: LZS

Kemaskini Fatwa Kutipan Zakat 2017: LZS

 

RINGKASAN
PERUBAHAN FATWA KUTIPAN ZAKAT TERKINI 2017

(TAKSIR ZAKAT HARTA INDIVIDU)

 

Fatwa ini adalah penambahbaikan bagi Fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangor 2013.  Penambahbaikan ini diluluskan oleh Mesyuarat Fatwa pada 31 Januari 2017 dan akan dilaksanakan kepada orang ramai bermula 22 Sept 2017 / 1 Muharram 1438H.

 

  1. Gabungan Harta Yang Sama Jenis

Semua harta yang sama jenis hendaklah digabungkan termasuk harta yang berasaskan kepada nisab emas iaitu:-

  1. Emas – Emas bukan perhiasan; lebihan uruf bagi emas perhiasan; dan emas yang dicagarkan (selepas ditolak jumlah hutang dan upah simpan)
  2. Wang Simpanan termasuk wang yang berada di Takaful
  3. Saham dan pelaburan di pasaran modal.
  4. Zakat Pendapatan
  5. Tambahan satu lagi jenis pendapatan iaitu Hasil Sumber Pemberian / Bukan Pekerjaan

Empat kategori pendaptan yang dikenakan zakat kini iaitu: i. Penggajian; ii. Hasil Kerja Bebas, iii. Hasil Bersih Sewaan; dan iv. Hasil Pemberian (hibah, hadiah, saguhati, pencen pasangan, sedekah, pampasan, harta pusaka, mahar perkahwinan dan sebagainya.

  1. Kedudukan Ambilan bagi Peniaga

Bagi peniaga (milikan tunggal) yang membuat ambilan bagi tujuan peribadi dikira sebagai pendapatan yang wajib dizakatkan

  1. Taksiran Zakat Wang Simpanan

Pengiraan zakat wang simpanan adalah berdasarkan kepada jumlah wang simpanan di akhir/hujung haul selepas ditolak wang yang telah diperolehi pada tahun semasa yang telah dizakatkan. Ia hendaklah dicampur dengan Harta Lain Asas Nisab Emas.

  1. Zakat Ke Atas Wang Simpanan Di Takaful / Insuran

Ia dikenakan zakat atas jumlah tunai (cash value) yang boleh dikeluarkan.

Apabila matang atau menerima pampasan: Bagi produk takaful, ia dikira atas keseluruhan jumlah dan bagi insuran, jumlah caruman pencarum sahaja diambil kira.

  1. Pelaburan Emas Tidak Patuh Syariah

Hanya modal asal pelaburan sahaja dikenakan zakat.

  1. Zakat KWSP
  2. Bagi pencarum yang berumur di bawah umur persaraan wajib (55 tahun):

Caruman KWSP menjadi item tolakan semasa mengira zakat pendapatan. Semua pengeluaran dikira sebagai pendapatan dan perlu dijumlahkan bersama pendapatan lain. Wang yang masih di dalam KWSP tidak dikenakan zakat.

  1. Bagi pencarum yang bekerja / masih menyimpan selepas umur persaraan wajib (55 tahun):

Caruman ke KWSP tidak boleh ditolak daripada pengiraan zakat pendapatan.  Wang yang masih tersimpan (tidak dikeluarkan) dikira sempurna milik dan perlu dicampurkan dalam pengiraan zakat wang simpanan.

  1. Tidak perlu pembersihan (cleansing) ke atas semua jumlah di KWSP sebelum wujudnya KWSPi.
  2. Kedudukan Wang Simpanan Di Tabung Haji
  3. Caruman Pada Tahun Semasa

Jumlah caruman atau simpanan pada tahun semasa dikira sebagai penentuan kecukupan nisab bagi kiraan zakat pendapatan

  1. Jumlah Simpanan Sedia Ada di Tabung Haji

Wang simpanan di Tabung Haji perlu dijumlahkan bersama Harta Lain Berasas Emas untuk tujuan kecukupan nisab. Jika jumlah termasuk Tabung Haji telah cukup nisab, maka harta selain di Tabung Haji dikenakan zakat.

  1. Kesan Zakat Ke Atas Hutang

Hutang yang diyakini dapat diperolehi diwajibkan zakat dan termasuk dalam kategori wang simpanan. Hutang yang boleh dibayar bertangguh dikira sempurna milik dan wajib dizakatkan.

  1. Pelarasan Elak Dua Kali Zakat

Bagi harta yang telah diperolehi daripada pendapatan semasa yang telah dizakatkan, hendaklah ditolak untuk mengelakkan insiden dizakatkan dua kali pada harta yang sama.

Disediakan oleh:  Divisyen Dakwah dan Syariah, Lembaga Zakat Selangor

Sumber: http://www.zakatselangor.com.my/fatwa-kutipan-zakat/

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *