home Semasa Malaysia perlu ikut Turki haramkan semua acara LGBT

Malaysia perlu ikut Turki haramkan semua acara LGBT

 

BANGI – Malaysia disarankan mengikut langkah Turki, mengharamkan tayangan filem atau apa-apa pertunjukan yang berkaitan golongan bermasalah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Norsaleha Mohd Salleh berkata, semua maklum LGBT adalah amalan penyimpangan orientasi seksual yang bertentangan dengan adat, agama dan fitrah manusia.

“Kita kena jelaskan Islam yang sebenar kepada masyarakat dan bahaya budaya songsang ini, saya yakin bukan agama Islam sahaja yang tidak mengiktiraf perbuatan ini malah agama lain juga sama.

“Jadi, kita menyeru untuk pemimpin negara ini lebih cakna mengenai bahaya LGBT dalam masyarakat. Jika negara Islam lain boleh bertegas, kenapa tidak Malaysia?

“Jadi, tindakan terbaik adalah mengikut langkah Turki mengharamkan aktiviti LGBT termasuk filem dan drama yang mempromosi kecelaruan identiti,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.

Turki melarang acara LGBT di negara itu sejak 18 November, dengan pengharaman perayaan filem gay Jerman pada Rabu lalu.

Pejabat Gabenor Turki memaklumkan, sebarang acara yang berkait dengan LGBT termasuk pawagam, teater, panel, wawancara, pameran diharamkan sehingga notis selanjutnya.

Dr Saleha berkata, semua pihak perlu melipat gandakan usaha memerangi amalan golongan LGBT ini.

Katanya, penularan aktiviti LGBT, bukan sahaja jelas bertentangan dengan akidah sebagai umat Islam, malah jika tidak ditangani segera mampu memberi kesan buruk terhadap masa depan negara dan kecelaruan jantina serta budaya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

19 thoughts on “Malaysia perlu ikut Turki haramkan semua acara LGBT

  1. Semua manusia yg waras dan bertamadun akan merasa jijik dgn budaya songsang ini…

    Tidak cukup dgn dakwah, kita perlukan tindakan pencegahan oleh kerajaan utk menyelamatkan generasi negara ini agar terus terpelihara kesucian dan keharmonian institusi kekeluargaan dan masyarakat yg harmoni…

  2. Ini adalah simptom saja, penyakitnya adalah pada org2 yg diberikan kitab Al-Quran, org yg faham isi-kadnungan Al-Quran tetapi tdk mgkaji dan menjana ilmu2 hebat, dan sistem pendidikan negara.

  3. Cadangan yg baik. Mesti diteruskan jgn cakap saja..dimsia ni yg ramai pun bukan non Muslim.. tp orang mekayu muslim paling ramai dimana2 nsmpak orang melayu paling ramai..

  4. Derama² filem² yg ada watak mak nyah atau pengkit ni x payahlah ditayangkan juga sbb generasi sekarang ni lbh cejerung kearah benda² begini terutama pondan² dan pengkit² ni. Klu disiarkan juga seolah olah kerajaan menghalalkan benda yg boleh merosakkan akidah generasi masa kini

  5. Di negara kita LGBT makin berani sebab ada NGO2 dan badan yg melindungi mereka….kerajaan diharap menghapus drp akar umbi …sy sokong 200% …
    Ini tidak, sampaikan lelaki boleh bertelekung hingga ke mekah madinah…sangat biadap

  6. Ya saya teramat mnyokong cadangan drpd saudari ini.. Kerajaan mesti brtindak dgn lebih agresif untuk mmbendung gejala songsang ini.. Mesti bertindak sekarang!

    1. Block semua founder2 lgbt yg amat2 mempengaruhi belia2 remaja sekrg haramkan siar masuk tv ke fb ke ig mana2 la laman sosial.Klo nak teruskan bisnes2 mereka disiarkan semula mereka kena kembali ke fitra asal mereka.Lelaki ke perempuan klo nawaitu jelas nak niaga pasti laku tak perlu nak jadi 2 Alam

  7. Kembali kepada fitrah kejadian manusia yg sgt hebat Allah jadikan…..saya sgt bersetuju dgn cadangan yg membina ini…..takbir Allahuakbar

  8. Saya menyokong kuat cadangan dari Dr Norsaleha binti Mohd Salleh. Moga negara kita mengamalkan ajaran dan hukum islam sepenuhnya .Islam membentuk akhlak dan rakyat lebih bertamadun.

  9. Amalan songsang LGBT wajib ditentang habis-habisan! Takut2 nanti kena macam di Zaman Nabi Lut AS di mana Allah swt dgn sekelip mata terbalikkan negara Sodom itu! Harap2 kerajaan Malaysia sekarang ini boleh mengharamkan LGBT ini.Takut nanti Allah turun bala sampai semua orang terkena!!!

  10. malaysia golongn lgbt masih bebas buat parti sonsang bogel n mcm2..yg brkuasa ape yg anda lakukan?kelak akan dipersoalkn n xkn trlepas walau seinci sekalipun..guna la kuasa yg ada sebaiknye tetapi jgn slh guna kuasa..malaysia mampu ke arah bebas lgbt cume ketegasan itu perlu lebih keras trhadap golongn ni..

  11. ya betul tu haramkan semua aktiviti songsang mahupun apa2 shj aktiviti yg tak elok dipandang,bukan golongan lgbt shj perempuan dan lelaki yg melakukan kemungkaran pun harus di ambil kira,jdi semua sekali tiada terkecuali,hidup ni biar adil,jgn kita duk haram lgbt je,tp yg ada sestgh wanita di michat jual diri sana sini,perlu banteras juga utk mendidik kebaikan supaya adil,dan barulah org akan ikut kebaikan ni.info yg saya tahu golongan2 lgbt di laman social selalu di ban,tetapi golongan yg bukan songsang pun kdg ada juga siarkan benda2 yg tidak baik seperti jual diri,tp still ada sampai skrg,takkan itu elok juga?jdi disini kalau betul nk banteras wujudkan sistem hudud selesai semua masalah.confirm semua xberani buat bukan2 hala,alamg2 nak ke arah islam dan kebaikan buat sewajarnya.haramkan semua benda2 yg haram seperti club,bilik goyang,jualan arak biar semuanya adil jgn sebb lgbt je itu je kita pertikai.tak semua manusia tu perangai jahat,yg palig teruk sy tgk komen duk nak boikot2 bisnes org,kau pun xtahu bila kau mati masuk syurga ke tak,ini cadangan saya,sebab saya pun golongan tu,sy bukan nk backup atau apa pun,ada yg cakap mcm xgunakan otak maybe sebb keturunan xda yg songsang itu yg bangga duk hentam org lain,dalam setandan xsemuanya busuk.jika siaran yg berunsur yg tidak baik bukan lgbt shj yg perlu di haramkan,yg bukan songsang pun kalau buat benda yg sama pun haramkan juga.baik lelaki ke wanita ke lgbt ke semua sama takkan terlepas melakukan dosa,but kalau bab haramkn siaran berunsur lgbt tu sya sokong ada baiknya utk mendidik masa2 hadapan supaya tak keliru identiti,but jgn kira 1 sudut shj,kira juga sesetengah wanita dan lelaki yg duk buat maksiat sana sini,mengandungkan anak org,jual diri sana sini itu salah satu cth juga,yang tak baik utk masa depan..jdi kesimpulannya disini,masing2 muhasabah diri.tiada siapa yg minta dia jdi keliru identiti ,kalau sengaja buat tiadanya berjuta2 manusia songsang jd mcm ni,cuma apa kejadian kita sekali pn antara kita dgn allah but,walau macam mna kejadian kita sekali pun sesongsang mana pun dimata orang,jgn lupa ingat allah,solat.kita kdg byk leka utk mencri kesempurnaan di mata manusia,tapi sudah siap sempurna ke kita untuk menghadap allah s.w.t ?masing2 renung renungkan,maaf atas pandangan saya ini dan maaf atas kelahiran saya ini,saya tak minta sebegini,ujian sgt berat buat saya bertahun2,tp saya bersyukur masih ada allah,mak dan ayah yg melahirkan saya,mungkin ini 1 ujian buat diri saya,saya tak pernah salahkan allah knp sy suka pada lelaki sedangkan saya lelaki asalnya,tp sya redha moga ada pertunjuk 1 hari nanti.kalau allah tak izinkn,tak lahir saya ke dunia ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *