home Semasa Sultan Zainal Abidin III: Raja berjiwa ulama

Sultan Zainal Abidin III: Raja berjiwa ulama

 

“Patik menurut perintah” kata Syed Abdul Rahman Al-Idrus.

Ketika diminta oleh Sultan Zainal Abidin III untuk merangka sebuah undang-undang yang yang akan diguna pakai di Terengganu. Undang-undang tersebut bertujuan untuk menyekat kemaraan British di Terengganu. Berkali british cuba untuk memasuki terengganu, namun gagal atas ketegasan Sultan Zainal Abidin III.

“Bagaimana lagi cara mungkin untuk kita menguasai terengganu” kata Sir John Enderson kebuntuan.

Sultan Zainal Abidin III yang berpandangan jauh, telah melihat negeri lain yang menerima penasihat British, sultan hilang kuasa, rakyat menderita. Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil As-Suluk dirangka dan diluluskan di dalam mesyuarat Kerajaan Negeri. Undang-undang yang menjadi panduan dan peringatan kepada setiap raja dalam memerintah Terengganu digubal.

Saya meneliti setiap fasal pada Itqan Al-Muluk Bi ta’dil As-Suluk…. tulisan dan bahasa lama.. masih jelas tandatangan baginda..

1912 masihi, Sultan Zainal Abidin III menandatangani perjanjian dengan pihak british. Namun perjanjian itu telah dirangka semula oleh sultan zainal abidin III yang tidak membenarkan British untuk campur tangan di dalam urusan pentadbiran Kerajaan Terengganu.

Sekali lagi British terpaksa akur….

Dakwaan palsu

Pada awal pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, British mendakwa Sultan Zainal Abidin III hanya meminati mendalami ilmu dan tidak berminat dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri, sehingga setiap keputusan diserahkan kepada kerabat dan pembesar baginda.

Sangkaan itu tersilap….

Pada hakikatnya, Sultan Zainal Abidin III telah melaksanakan sistem syura dalam pemerintahan Terengganu. Setiap daripada keputusan yang dikeluarkan oleh baginda disyurakan terlebih dahulu. Sifat yang dimiliki ini menjadikan baginda sebagai sultan yang adil dan berakhlak mulia.

Keelokan peribadi dan di dalam pemerintahannya telah mendapat pujian oleh ulama tersohor melayu yang berada di mekah, Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani (Syeikh Nik Mat Kecik) yang telah menulis 33 rangkap bait-bait puisi yang bercorak memuji baginda, pengharapan beliau kepada Baginda dan bangsa Melayu, diiringi pula sejarah bangsa Melayu yang lengkap.

Bagaikan mentari, penuh megah Bagaikan bulan, penuh sinaran damai, cahaya suci, harapan jiwa, penawar hati Bagaikan laut, pemurah tiada tepi Bagaikan hujan, penolong tiada beza Memberi sebelum diminta. Pengasih kepada rakyat Jasa ditabur tiada putus Hiasan negeri Kebanggaan rakyat Tempat tumpahan hati Nurani rakyat Itulah Sultan Terengganu Raja yang berani, bermaruah dan bertuah.

Baginda menjadi satu-satunya raja yang mengamalkan pemerintahan mengikut acuan Islam warisan sunnah Rasulullah s.a.w dan petunjuk daripada Kitabullah.

 

Sultan Zainal Abidin III – Berpakaian haji

Anak watan didikan british

1918 masihi, Sultan Zainal Abidin III telah mangkat. Takhta telah diganti oleh anakndanya Sultan Muhammad Shah Zainal Abidin. Baginda telah Memerintah selama 2 tahun berdasarkan acuan yang telah dibentuk oleh ayahandanya sehingga pada tahun 1920, baginda telah mangkat dan takhta diganti oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Di zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, british berjaya mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Terengganu. Satu persatu undang-undang Islam yang dilaksanakan oleh Sultan Zainal Abidin III ditukar dengan undang-undang sekular British.

Apabila tanah melayu telah merdeka, Undang-undang tersebut telah dilaksanakan didalam undang-undang persekutuan. Bermulanya kemerdekaan Tanah Melayu sehingga kepada pembentukan malaysia sekarang ini, undang-undang islam tidak laksanakan. Ianya berkesinambungan dengan apa yang telah dilakukan british satu ketika dahulu.

Hasrat Sultan Zainal Abidin III yang ingin melihat Terengganu sebagai kerajaan Islam yang menjalankan hukum hakam Islam didalamnya tidak tercapai hasil daripada anak-anak watan didikan British. Mereka mengekalkan undang-undang sekular yang pada tanggapan mereka sebagai undang-undang yang adil. Bahkan ianya tidak.

Fasal ke 51 didalam Undang-undang Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil As-Suluk ini jelas menyatakan:

“Sesungguhnya telah di sifatkan dan di sebutkan dan di tetapkan selama-lamanya Kerajaan Terengganu ini Kerajaan Islamiyyah Malayuwiyyah ialah yang di katakan agama negeri dan Kerajaan, maka tiadalah boleh sekali-kali sebarang agama lain di jadikan atau di sebut Ugama Negeri, sekalipun banyak segala bangsa dan agama di amankan dan di benarkan masuk diam di dalam Negeri dan Jajahan Terengganu”.

Capative mind

Sikap yang terjajah, dan jiwa yang terjajah menjadikan kita memiliki aqal yang pendek dan jumud. Segalah hukum yang telah ditetapkan Al-Quran dan As-Sunnah tidak ingin dilaksanakan, terhalang dengan sifat kesombongan pada kejahilan sendiri.

Minda yang terhalang oleh sikap jumud kepada pemikiran penjajah. walau sekiranya telah merdeka 100 tahun sekalipun, tetapi masih memiliki sifat aku tidak pedulisma kita akan dijajah dan terus dijajah kerana kita masih terlena pada buaian yang dicipta oleh british dan anak watan didikan mereka!

Al-Quran mengajar untuk kita sentiasa berhati-hati dengan setiap perancangan oleh Yahudi dan Nasrani. Mereka tidak akan berhenti daripada mempengaruhi kita sehingga ummat Muhammad rosak mengikuti jejak langkah mereka.

Jika dahulu, mereka berusaha dengan undang-undang dan perjanjian milik mereka, kini mereka melihat kejayaan mereka satu demi satu. Selagi undang-undang milik manusia dimuliakan dan undang-undang Allah diketepikan, jiwa kita semakin ditarah. Aqal kita akan terus dijajah.

Bangun wahai Ummat! tiba masanya Islam tertegak!

Undang-undang islam yang telah dirangka oleh sultan yang berjiwa ulama, ditinggalkan ditelan zaman.

Sehingga akan datang tiada lagi mereka yang benar-benar mengikuti ajaran islam, maka benarlah sabda Rasulullah,

Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA : dia berkata:

Bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: ”Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, ”Ya Rasulullah ! Adakah Yahudi dan Nasrani yang Rasulullah maksudkan ? Nabi SAW menjawab : ”Siapa lagi, kalau bukan mereka”. (HR.Muslim)

Saya meninggalkan Istana bukit Puteri.. Al-fatihah buat Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III, Sultan beragama, sultan berdaulat, sanjungan rakyat.

Wan Mohd Safwan
Manir, Terengganu

Sumber: http://mgcgroup.blogspot.my/2012/01/sultan-zainal-abidin-iii-raja-berjiwa.html

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *