home Semasa Aman Palestin sasar RM1 juta untuk Al-Aqsa

Aman Palestin sasar RM1 juta untuk Al-Aqsa

 

AMAN Palestin mensasarkan sumbangan berjumlah RM1 juta untuk disalurkan kepada sukarelawan Masjid Al-Aqsa dalam Program Jelajah ‘1 juta untuk Aqsa’ dalam tempoh dua minggu program berkenaan berlangsung.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut berkata, program jelajah itu akan berlangsung selama dua minggu bermula 15 hingga 28 Disember ini.

“Tujuan utama program ini adalah untuk mengumpul sumbangan hingga mencecah RM1 juta bagi diserahkan kepada sukarelawan Masjid Al-Aqsa dari segi bantuan makanan.

“Selain itu, sumbangan itu akan digunakan bagi pembayaran cukai dan baik pulih masjid berkenaan,” katanya ketika sidang media pada Majlis Minum Petang Amal Hi Tea Amal, di Bandar Baru Bangi, semalam.

Awang Suffian berkata, program itu turut menampilkan jemputan khas daripada Baitulmaqdis iaitu Pengerusi Jawatankuasa Bahagian Baitulmaqdis, Kesatuan Ulama Sedunia Syeikh Dr Muraweh Musa Nassar.

“Syeikh Dr Muraweh Musa Nassar adalah seorang daripada tokoh ulama tersohor yang bertugas dalam memperkasakan umat Islam di Baitulmaqdis terutama dalam bidang keilmuan.

“Antara lokasi yang terbabit dalam program ini adalah sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang, selain beliau turut berkunjung ke Bandung, Indonesia membabitkan program seperti ceramah perdana serta Konvensyen Aqsa Solidariti Ummah,” katanya.

Awang Suffian turut menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menjayakan program berkenaan dengan harapan supaya sasaran mengumpul sumbangan berjumlah RM1 juta dapat dilakukan. – Harian Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Salurkan sumbangan kepada rakyat Palestin melalui Aman Palestin Berhad:

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Atau klik link ini http://billplz.com/jommenyumbang

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *