home Semasa Berdoalah dengan nama Allah

Berdoalah dengan nama Allah

 

Allah memiliki nama-nama yang baik dan Allah memerintahkan kita menyeru namaNya ketika berdoa.

Al-Rahman bermaksud Maha Pemurah kepada seluruh makhluknya di dunia, maka serulah al-Rahman untuk memohonnya mengasihi semua makhluk di dunia ini. Antaranya memohon hidayah Allah kepada ibu-bapa yang bukan Islam.

Al-Rahim bermaksud Maha Pengasih yang dikurniakan kepada orang beriman di akhirat dan Allah melarang kita berdoa keampunan kepada orang-orang kafir.

Al-Razzaq Yang Memberi Rezeki, serulah al-Razzaq ketika memohon dikurniakan rezeki di dunia ini.
Al-Alim, Yang Maha Berilmu.

Begitulah seterusnya, fahamilah nama-nama Allah supaya kita menyeru nama-namanya ketika berdoa terhadap sesuatu hajat.

Ustaz Annuar Salleh

www.indahnyaislam.my

——

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

▪️ telegram.me/indahnyaislam
▪️ instagram.com/indahnya.islam

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *