home Semasa Hasrat Trump iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel singgung perasaan umat Islam: Raja Salman

Hasrat Trump iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel singgung perasaan umat Islam: Raja Salman

 

RIYADH – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz menegaskan bahawa tindakan Donald Trump untuk memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Jerusalem, dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, hanya akan menyinggung perasaan umat Islam seluruh dunia.

Beliau berkata, status Baitulmaqdis adalah aspek paling sensitif dalam konflik Palestin-Israel, maka memindahkan kedutaan ke Jerusalem adalah langkah berbahaya.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam, bagi membincangkan perkembangan serantau yang terkini.

Bagaimanapun beliau dengan tegas menyatakan pendirian, bahawa Arab Saudi akan memberi sokongan secara berterusan terhadap hak bersejarah rakyat Palestin.

Ini kerana, baliau yakin, sebarang pengisytiharan mengenai Jerusalem sebelum penyelesaian diputuskan, hanya akan membahayakan rundingan damai antara Palestin-Israel.

Semalam Trump sekali lagi mengulangi hasratnya itu apabila menghubungi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Jurucakap presiden, Nabil Abu Rudeine berkata, Presiden Abbas memberi amaran mengenai bahaya jika Trump berbuat demikian kerana boleh menjejaskan keselamatan dan kestabilan di wilayah itu dan di seluruh dunia.

Setakat ini, belum ada negara yang menempatkan kedutaan mereka di Jerusalem atau Baitulmaqdis. Komuniti antarabangsa, termasuk AS, juga tidak mengiktiraf bidang kuasa Israel dan kependudukan ke atas bandar itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *