home Semasa Israel negara pembunuh kanak-kanak: Erdogan

Israel negara pembunuh kanak-kanak: Erdogan

 

SIVAS – TURKI – Presiden Turki,Tayyip Erdogan menggelar Israel sebagai pengganas dan negara pembunuh kanak-kanak lapor CNN.

Dalam ucapannya, dia turut mengkritik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kerana mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Baitulmaqdis adalah penting buat umat Islam, kita tidak akan meninggalkannya kepada negara pembunuh kanak-kanak.

“Kita akan meneruskan perjuangan menggunakan undang-undang dan demokrasi. Di Istanbul, kita akan satukan negara Islam tunjuk pada ‘mereka’ bahawa tidak mudah untuk merealisasikan rancangan itu,” katanya.

Sebelum ini, Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel mendapat kecaman penduduk Islam di seluruh dunia serta menyebabkan beberapa protes bantahan berlaku.

Dalam pada itu, Erdogan mendakwa pengumuman Trump berkaitan Baitulmaqdis adalah batal dan tidak sah. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *