home Semasa Israel serang lokasi ketenteraan Hamas

Israel serang lokasi ketenteraan Hamas

 

GAZA: Israel melancarkan siri serangan udara ke atas pejuang Hamas di Semenanjung Gaza awal hari ini, kata tentera, beberapa jam selepas roket dibedil ke arah wilayah Yahudi itu.

Dalam kenyataannya, tentera Zionis berkata mereka menyasarkan tiga kemudahan tentera Hamas di kawasan berbeza di Semenanjung Gaza.

“Kemudahan tentera digunakan untuk kem latihan dan menyimpan senjata.

“Ia adalah tindak balas kepada roket yang ditembak ke arah Israel dari Semenanjung Gaza awal petang semalam,” kata kenyataan.

Sumber keselamatan Palestin berkata, lebih 10 serangan dilancarkan terhadap sasaran, termasuk lokasi tentera laut Hamas dan pangkalan tentera berhampiran kem pelarian Shati di utara Gaza.

Sumber berkata, ia menyebabkan kerosakan besar di lokasi selain banyak lagi kerosakan kecil kepada rumah berhampiran, menyebabkan penghuni cedera ringan. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *