home Semasa Jepun ikrar bantu rakyat Palestin

Jepun ikrar bantu rakyat Palestin

 

TEBING BARAT – Menteri Luar Jepun, Taro Kono pada Selasa berkata, negara itu akan menyediakan kira-kira AS$40 juta sebagai bantuan baharu kepada rakyat Palestin, lapor agensi berita Jiji Press.

Bantuan kewangan itu akan dimanfaat untuk mempromosi inisiatif Koridor Keamanan dan Kemakmuran Jepun yang bertujuan membangunkan ekonomi Palestin.

Kono mengumumkan bantuan itu ketika beliau melawat kompleks memproses produk ladang di bandar Jericho di Tebing Barat yang memainkan peranan penting dalam inisiatif Jepun tersebut.

Pada satu majlis yang diadakan bagi meraikan kawasan baharu di sebuah taman perindustrian, Kono berkata Jepun akan berusaha sedaya-upaya untuk mencapai keamanan di Timur Tengah meskipun terdapat banyak halangan yang perlu diatasi.

Beliau berkata, Jepun secara khusus akan menyediakan bantuan untuk membangunkan sumber manusia dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, memulakan perniagaan baharu serta melicinkan sistem pengagihan produk di kawasan taman perindustrian itu.

Kono merupakan menteri pertama dalam kalangan kuasa besar yang mengadakan rundingan dengan pemimpin tertinggi Israel dan Palestin sejak Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan awal bulan ini bahawa negara itu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *