home Kolumnis, Semasa Lafaz isteri dalam al-Quran

Lafaz isteri dalam al-Quran

 

1. Allah menggunakan lafaz zaujah (زوجة), imra’ah (امرأة) dan ahl (اهل) untuk menggambarkan perbezaan kedudukan isteri dalam al-Quran.

2. Meneliti istilah tersebut, terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita ambil. Istilah zaujah (زوجة) digunakan apabila kesempurnaan hubungan suami isteri itu jelas. Dengan itu Allah guna zaujah untuk Nabi Adam dan Rasulullah sendiri. contoh:

-وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ
-النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِم ْوَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ

3. Manakala hubungan suami isteri yang tidak sempurna seperti terdapat halangan dari aspek aqidah, anak dan sebagainya, maka Allah guna imra’ah (امرأة). Sebagai contoh Allah menggunakan lafaz imra’ah buat isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut kerana penentangan mereka terhadap dakwah, begitu juga dengan isteri Firaun. Jelas di sini berlaku kekurangan dari aspek aqidah pasangan masing-masing.

-ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ كَفَرُوا اِمْرَأَةَ نُوحٍ وَاِمْرَأَةَ لُوطٍ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَالِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا
-وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ آمَنُوا اِمْرَأَةَ فِرْعَوْنَ

4- Sekiranya hubungan suami isteri itu tidak pula sempurna dari aspek kurniaan anak, Allah juga akan menggunakan lafaz imra’ah. contoh adalah pada Nabi Zakaria:

قَالَ رَبِّ أَنَّىَ يَكُونُ لِي غُلاَمٌ وَقَدْ بَلَغَنِيَ الْكِبَرُ وَامْرَأَتِي عَاقِرٌ

Namun setelah mana hubungan perkahwinan mereka sempurna dengan dikurniakan anak, Allah menggunakan lafaz zaujah pula:

زَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ* فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَى وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ

5- Rasulullah pula diletakkan dalam kedudukan yg istimewa. Walaupun hanya dikurniakan anak melalui Khadijah dan Mariah sahaja, semua isteri Nabi disifatkan sebagai zaujah kerana kesempurnaan aqidah adalah kesempurnaan yang tertinggi. Begitu juga Allah menggunakan lafaz yang unik buat Nabi Musa di mana lafaz ahl (اهل) digunakan:
قَالَ لِأَهْلِهِ امْكُثُوا

6. Manakala Ummu Jamil, isteri Abu Lahab, walaupun dikuniakan kecantikan dan anak, Allah menggunakan lafaz imra’ah bagi menggambarkan kelompongan aspek aqidahnya, bahkan Ummu Jamil disifatkan sebagi pemikul kayu api di neraka kerana sikapnya yg sering menyakiti Rasulullah.

7. Dari sini juga tergambar terdapat empat jenis pasangan di dalam al-Quran:
(a) Pasangan yang sempurna keislaman mereka seperti Adam dan Rasulullah
(b) Pasangan yang kedua2nya menentang Islam seperti Abu Lahab dan Ummu Jamil.
(c) Pasangan yang suaminya beriman tetapi isterinya sebaliknya seperti isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut.
(d) Pasangan yang isterinya beriman tetapi suaminya tidak seperti isteri Firaun.

Mohon perbetulkan sekiranya berlaku kesilapan.

Kredit buat Nurul Faezah Binti Yahaya yang bertanya berhubungan perkara ni.

Ustaz Dr Ahmad Sanusi Azmi
Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran & Sunnah USIM

www.indahnyaislam.my

——

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *