home Semasa Lapan negara desak adakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB

Lapan negara desak adakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB

 

NEW YORK – Susulan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) didesak untuk mengadakan mesyuarat tergempar.

Desakan itu dibuat lapan negara antaranya Mesir, Perancis, Bolivia, Mesir, Senegal, Sweden, Itali, United Kingdom dan Uruguay yang mahu mesyuarat berkenaan diadakan akhir minggu ini.

Bagaimanapun, tarikh belum ditetapkan, yang mana Jepun ketika ini menyandang jawatan Presiden majlis berkenaan.

Awal pagi tadi, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara rejim Israel yang baharu.

Serentak itu juga, Trump mengumumkan AS sedang membuat persiapan bagi memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis, wilayah Palestin yang diceroboh rejim Zionis yang turut menempatkan masjid suci ketiga umat Islam – Masjid Al-Aqsa.

Mengulas perkara itu, Duta Besar Bolivia, Sacha Sergio Llorenty Soliz berkata, tindakan Trump boleh dianggap sebagai keputusan cuai serta berbahaya.

Katanya, Trump melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi ditetapkan Majlis Keselamatan.

“Ia satu ancaman bukan hanya kepada proses damai tetapi ancaman kepada keamanan serta keselamatan antarabangsa,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *