home Semasa Lubnan janji buka kedutaan di Baitulmaqdis Timur

Lubnan janji buka kedutaan di Baitulmaqdis Timur

 

BEIRUT – Kerajaan Lubnan memberi jaminan akan membuka kedutaan negara itu di Baitulmaqdis Timur, sebagai tindak balas terhadap Amerika Syarikat (AS) yang mengisytihar Baitulmaqdis ibu kota Israel.

Menteri Luar Lubnan, Gebran Bassil berkata, Baitulmaqdis adalah ibu negara Palestin dan beliau telah menghantar surat kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menawarkan pertukaran tanah bagi pembinaan bangunan kedutaan itu.

Presiden AS, Donald Trump baru-baru ini, mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke bandar yang diduduki secara haram oleh rejim Zionis.

Kelmarin, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada sidang kemuncak luar biasa di Istanbul, membalas pengumuman Trump dengan mengisytihar dan mengiktiraf Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.

Mengulas lanjut, Bassil berkata, Mahmoud Abbas berjanji akan mengambil tindakan segera mencari tanah yang sesuai di Baitulmaqdis Timur untuk pembinaan Kedutaan Lubnan.

Pengumuman Bassil itu merupakan satu langkah penting diambil oleh Lubnan dalam mengiktiraf Baitulmaqdis Timur yang diduduki secara haram oleh rejim Israel, sebagai ibu negara Palestin.

Lubnan tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara dan tiada kakitangan yang berhubung dengan pegawai rejim.

Keadaan itu menimbulkan persoalan bagaimana Lubnan akan membina kedutaannya atau memasuki Baitulmaqdis Timur, wilayah yang diduduki secara haram oleh Israel, tanpa mendapat persetujuan Tel Aviv. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *