home Semasa Majlis Keselamatan PBB kutuk keputusan Trump

Majlis Keselamatan PBB kutuk keputusan Trump

 

NEW YORK – Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengutuk keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Lapan negara dalam majlis itu menggesa mesyuarat kecemasan di ibu pejabat PBB di New York pada hari Jumaat, ketika rakyat Palestin membantah di seluruh Tebing Barat yang diduduki, Jerusalem dan Gaza bagi melawan keputusan presiden AS sepanjang hari.

Majlis itu berkata, tindakan Trump merupakan satu langkah yang membawa kepada pertembungan maut di wilayah Palestin yang diduduki.

Beberapa negara dengan tegas mengutuk langkah unilateral oleh Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

Trump, yang mengabaikan peringatan dari komuniti antarabangsa, mengumumkan pada hari Rabu bahawa Amerika secara rasmi mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memulakan proses pemindahan kedutaannya dari Tel Aviv ke bandar raya itu.

Rakyat Palestin mahu Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara masa depan, namun Israel mengatakan Baitulmuqaddis, yang berada di bawah pendudukan Israel, tidak dapat dibahagikan.

Masyarakat antarabangsa tidak pernah mengiktiraf tuntutan Israel ke atas seluruh bandar itu.

Duta besar dan pemerhati tetap Palestin di PBB berkata, Riyad Mansour berkata, pentadbiran Trump telah melanggar “status undang-undang, politik dan bersejarah Baitulmaqdis serta hak rakyat Palestin dan aspirasi nasional yang sah”.

“Pengumuman yang sangat dikesali … telah menimbulkan ketegangan dan risiko ketidakstabilan sepenuhnya terhadap keadaan tidak menentu ini.

“Keputusan AS tidak mengubah prinsip undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB sebelum ini yang mengatakan bahawa Israel harus menamatkan pendudukan di Baitulmaqdis Timur.

“Status Baitulmaqdis tidak boleh diubah secara sepihak atau ditentukan oleh mana-mana negeri dan keputusan ini oleh AS perlu dipertimbangkan semula dan dibatalkan,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *