home Semasa Meninggal di Madinah, hajat ayah tercapai

Meninggal di Madinah, hajat ayah tercapai

 

MADINAH – “Itu hajat dia yang terakhir… ALLAH SWT dah pun makbulkan,” demikian menurut Juliahayyu Mohamad yang menceritakan pemergian ayahnya, Allahyarham Mohamad Ismail semasa menunaikan ibadah Umrah.

Allahyarham Mohamad menghembuskan nafas terakhir di Madinah pagi tadi di samping ahli keluarga. Julia berkata, ayahnya memang berniat mahu meninggal dunia di sana.

“Sebelum berangkat pun ayah sebut lagi, memang dia idam sangat nak meninggal di Kota Suci. Kami berangkat ke sini pada 14 Disember lalu bersama suami, ibu mertua, abang serta dua anak saudara saya.

“Ayah hadiahkan pakej mengerjakan umrah kepada dua anak saudara kerana keputusan cemerlang mereka dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan darjah satu.

“Tiba di sini, ayah pergi solat di masjid, kerusi roda pula abang saya bawa dan ayah juga banyak berzikir.

“Pagi tadi ayah mengadu tak larat ke masjid jadi solat Subuh di bilik dan selepas membaca al-Quran, ayah meninggal di sisi kami semua,” ceritanya sebak kepada Sinar Online.

 

 

Sementara itu, Julia walaupun sedih tetapi reda dengan ketentuanNYA.

“Ayah terpilih untuk meninggal di sini, walaupun sedih tapi saya reda,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Allahyarham sempat juga menitipkan pesan terakhir kepadanya.

“Sehari sebelum ayah meninggal, dia pesan belikan jubah untuk mak dan adik-beradik, dia takut dia tak larat.

“Rupanya itulah hadiah terakhir dari ayah.

“Saya juga ada belikan dia jubah, tak sangka jubah yang saya beli untuk dia dan jubah yang dia pesan untuk adik-beradik adalah hadiah terakhir untuk saya kepada arwah,” tambahnya lagi.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi Al Nabawi yang terletak bersebelahan dengan Masjid Nabawi. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *