home Semasa OIC sepatutnya seru negara Islam putus diplomatik dengan Israel: Dr Muraweh Mousa

OIC sepatutnya seru negara Islam putus diplomatik dengan Israel: Dr Muraweh Mousa

 

BANGI – Pengerusi Jawatankuasa Baitulmaqdis Kesatuan Ulama Dunia, Dr Muraweh Mousa Nasser Nasar berkata, resolusi yang dikeluarkan ketika Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada 13 Disember di Istanbul, Turki tidak memberi sebarang impak yang besar.

Beliau berkata, resolusi itu lebih kepada percakapan semata-mata.

“Resolusi itu perkara biasa sahaja kerana ia tidak akan memberi tekanan kepada Israel,” katanya pada Majlis Hi-Tea 1 Juta Untuk Al-Aqsa, yang bertempat di Hotel Tenera, Bangi.

Katanya, OIC sepatutnya mengeluarkan resolusi yang menggesa semua negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

Pada masa sama, Dr Muraweh turut meminta lebih ramai negara Islam membuka kedutaan di Baitulmaqdis.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kerana secara tidak langsung mengiklankan kepada dunia berhubung isu Al-Aqsa.

“Dia telah mengembalikan isu Palestin ni kepada tempat asalnya. Apabila dia isytihar, dia bangkitkan semangat orang Islam di seluruh dunia. Itu satu kelebihan yang berlaku sesudah pengisytiharan itu.

“Sebenarnya apa yang diisytiharkan oleh Trump objektif utamanya bangkit semangat orang Yahudi, tetapi orang Islam juga turut dikembalikan semangat mereka untuk berjuang demi Al-Aqsa,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *