home Semasa Pertahan Baitulmaqdis hingga titisan darah terakhir: Hamas

Pertahan Baitulmaqdis hingga titisan darah terakhir: Hamas

 

GAZA – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sekali lagi menyuarakan ketegasan bahawa tiada siapa berhak mengambil Baitulmaqdis, termasuk Amerika Syarikat dan Israel laknatullah.

Ketua Biro Politiknya, Ismail Haniyah berkata, mereka akan sedaya upaya mempertahan Baitulmaqdis, yang merupakan milik umat Islam selamanya.

Katanya, Baitulmaqdis adalah bandar kesatuan yang tidak akan terpisah oleh Timur dan Barat.

“Tidak ada istilah “Timur’ dan ‘Barat’. Baitulmaqdis adalah bandar Arab dan Islam yang tidak berbelah bahagi. Ini adalah ibu kota Palestin dan umat Islam yang kekal,” katanya.

Bercakap di Hari Kebangsaan Qatar di bandar Hamad, di Selatan Jalur Gaza, Haniyah berkata, rakyat Palestin dan umat Islam seluruh dunia menentang keputusan AS mengisytihar Baitilmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Selamanya kami tidak akan menerima percubaan untuk memisahkan bandar suci ini.

“Tidak kira apa hasilnya, kami percaya bahawa perjanjian Trump langsung tidak memberi kebaikan kepada masa depan umat Islam di Palestin,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *