home Semasa “Saya percaya orang Islam, anda juga boleh”

“Saya percaya orang Islam, anda juga boleh”

 

KALAU saya boleh percaya pada individu beragama Islam, rakyat Malaysia mungkin lebih daripada apa yang saya rasakan”.

Demikian kata pemuda dari Amerika Syarikat, Jesse Martin, 21, ketika ditanya pendapatnya berkaitan Islamofobia yang kini dilihat serius dalam kalangan penduduk di dunia.

Membahasakan dirinya sebagai Jesse, dia yang sudah empat hari berada di Malaysia sebagai pelancong percaya masyarakat berbilang bangsa dan agama di sini tidak terjejas dengan situasi berkenaan khususnya melibatkan keganasan pengganas yang bertopengkan agama di luar negara.

“Sepanjang empat hari di sini, saya lihat masyarakat cukup mesra. Baik terhadap sesama sendiri mahupun saya sebagai orang asing.

 

Jesse Martin

“Jadi saya dapat rasakan, kepercayaan anda terhadap bangsa dan agama lain sangat tinggi dan saya kagum dengan perpaduan di Malaysia,” katanya yang turut mempunyai rakan beragama Islam di negara kelahirannya.

Menyokong kenyataan itu, Anne Neidhardt, 22, dari Jerman berkata, rakyat di Malaysia lebih dipercayai berbanding rakyat di negara jiran lain.

“Sebelum ini saya bercuti di Thailand dan saya amat berhati-hati tetapi di sini cukup berbeza kerana senyuman sentiasa ditujukan kepada kami,” katanya.

Ditanya adakah dia seorang Islamofobia dan takut untuk kembali bercuti di negara ini, Neidhardt dengan pantas menjawab, akan kembali ke sini dalam tempoh terdekat.

“Sebagai wanita, saya cukup selesa dan yakin keselamatan di sini terjamin. Saya percaya Islamofobia di sini tidak begitu ketara berbanding di luar negara walaupun Malaysia merupakan negara Islam.

“Sudah tentu saya akan bercuti lagi di sini kerana benar-benar rasa selamat. Saya berharap Islamofobia tiada di Malaysia. Negara ini cukup harmoni dan maju,” katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

——

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *