home Semasa Undi UNSC bukti global bantah AS iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel

Undi UNSC bukti global bantah AS iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel

 

KUALA LUMPUR – Keputusan undi 14-1 pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) berhubung pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat (AS) menunjukkan dengan jelas penentangan antarabangsa terhadap tindakan negara itu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan malam tadi berkata, Malaysia juga menyuarakan kekecewaannya terhadap tindakan AS menggunakan kuasa vetonya untuk menentang deraf resolusi yang dicadangkan Mesir semasa mesyuarat UNSC pada Isnin.

“Malaysia menegaskan sekali lagi bahawa isu Baitulmuqaddis menjadi teras dalam perjuangan rakyat Palestin dan menyeru semua negara Anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu agar tidak mengikiraf sebarang cubaan untuk meminda sifat dan status Baitulmuqaddis.

“Malaysia mengalu-alukan inisiatif Turki dalam memanggil Mesyuarat Tergempar Khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi membincangkan isu berkenaan dengan tujuan untuk membentangkan resolusi serupa,” kata kenyataan itu.

Pada 6 Disember, Presiden AS Donald Trump mengumumkan AS mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan mengeluarkan arahan agar kedutaan negara itu dipindahkan dari Tel Aviv ke kota suci berkenaan.

Tindakan Trump itu menimbulkan kemarahan rakyat Palestin dan umat Islam seluruh dunia. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *