home Semasa Ahli Isma di Russia terap budaya ‘mesra masjid’

Ahli Isma di Russia terap budaya ‘mesra masjid’

 

VOLGOGRAD – Ahli Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) di Russia menyeru mahasiswa yang berada di negara itu untuk menerapkan budaya pergi ke masjid.

Isma Russia juga mengharap ahli-ahlinya sentiasa akan turut serta dalam aktiviti-aktiviti masjid di kawasan masing-masing.

Saranan itu dibuat seiring dengan program Jom Iktikaf yang dianjurkan Jawatankuasa Isma Russia di Volgograd baru-baru ini, lapor laman web ismaeropah.com.

Program yang berlangsung di Masjid Lingoranskaya itu bertujuan untuk melatih mahasiswa supaya sentiasa menjadikan masjid sebagai destinasi harian di samping mendekatkan diri dengan program-program keagamaan di masjid.

 

 

Salah seorang ahli Isma Russia, Zainab berkata, program yang dianjurkan mampu melatih mahasiswa supaya menjadi ‘warga masjid’.

Dalam pada masa katanya, mereka dapat menjalinkan hubungan bersama penduduk Muslim setempat dan mendalami cabaran Muslim setempat di Russia.

“Program seperti ini dapat memenuhi masa mahasiswa dengan aktiviti yang berfaedah serta dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dengan gejala sosial.

“Isma Russia akan terus memacu agenda mahasiswa beragenda (yang rata-ratanya pelajar perubatan), supaya mempunyai matlamat yang lebih besar iaitu merawat penyakit umat berbanding kerja hakiki seorang doktor yang merawat pesakit,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *