home Semasa Individu sokong tukar jantina juga berdosa: Mufti NS

Individu sokong tukar jantina juga berdosa: Mufti NS

 

SEREMBAN – “Bukan sahaja lelaki yang menyerupai perempuan ataupun perempuan menyerupai lelaki itu dilaknat ALLAH, tapi yang menerima perkara itu juga boleh dianggap berdosa kerana bersubahat,” kata Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Menurutnya, tindakan masyarakat yang terus memberi perhatian dan sokongan terhadap individu terbabit tanpa melihat dari sudut agama boleh menggalakkan lebih ramai golongan itu menonjolkan diri tanpa rasa malu dan bersalah.

“Kalau lelaki menyerupai perempuan itu kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh ALLAH. Kalau di Negeri Sembilan jika ada yang dilihat berkelakuan sebegitu secara terbuka, ia sudah boleh didakwa.

“Apa yang mengecewakan masyarakat kita kurang celik tentang hukum hakam agama dan tak komited tentang pelaksanaannya menyebabkan perkara seumpama itu dibiarkan kerana sudah dianggap biasa selagi individu itu tidak melanggar undang-undang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

 

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lelaki yang mencari rezeki dalam bidang kosmetik tetapi berpakaian wanita hanya semata-mata untuk melariskan perniagaan.

“Kalau diterima dan dibiarkan golongan ini akan semakin meluas. Tak mustahil akan ada pula yang ikut bila tengok individu sebegini berjaya,” katanya.

Bagaimanapun katanya, tidak menjadi masalah untuk golongan lelaki menjual produk kecantikan atau kosmetik wanita, selagi ia datang dari sumber yang halal.

Selain itu katanya, jika golongan ‘khunsa’ yang dilahirkan dalam keadaan dua sifat lelaki dan wanita, perlulah berjumpa dengan doktor bagi membuat pengesahan identiti mereka. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

Sertai kempen Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa: bit.ly/subuhaqsa

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *