home Semasa Israel tangkap lebih 6,000 penduduk Palestin sepanjang 2017

Israel tangkap lebih 6,000 penduduk Palestin sepanjang 2017

 

RAMALLAH – Israel menahan lebih 6,742 penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki, sepanjang tahun 2017.

Angka itu meliputi 1,467 kanak-kanak, 156 wanita, 14 anggota Dewan Undangan Palestin, 25 lagi wartawan dan selebihnya orang awam.

Jawatankuasa tahanan Palestin dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua yang ditahan kini berada dalam penjara Israel.

Mengikut polisi penahanan pentadbiran, banduan Palestin ditahan tanpa perbicaraan untuk tempoh antara enam bulan hingga setahun.

Tentera Israel kerap menyerang rumah penduduk Palestin di Tebing Barat, dan menangkap mereka, kononya mendakwa mereka adalah indidvidu yang dikehendaki oleh perkhidmatan keselamatan Israel.

Ketegangan makin meningkat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang baharu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *