home Semasa ‘Kami tidak takut pengganas Israel, akan terus berjuang demi Palestin’

‘Kami tidak takut pengganas Israel, akan terus berjuang demi Palestin’

 

TEBING BARAT – Tentera rejim pengganas Israel menembak gas pemedih mata ke arah ratusan rakyat Palestin yang menyertai bantahan penahanan seorang aktivis remaja, Ahed Tamimi.

Al-Jazeera melaporkan, rakyat Palestin dari pelbagai kampung di Tebing Barat yang diduduki, berkumpul di Nabi Saleh menuntut pembebasan Ahed dan ibunya, serta membantah tindakan Presiden Amerika Syaraikat, Donald Trumpmengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Bagaimanapun, pasukan Israel menghalang di pintu masuk Nabi Saleh sejam sebelum protes, serta menghalau aktivis dan wartawan memasuki kampung itu.

Para penunjuk perasaan pada mulanya berarak ke bukit bersebelahan dengan pendudukan haram Halamish, namun berpindah ke kawasan pemeriksaan Israel dan menara tentera yang didirikan di pintu masuk kampung.

 

West Bank clashes

 

Berikutan itu, tentera rejim pengganas Israel melepaskan gas pemedih mata. Dilaporkan tujuh penunjuk perasaan cedera akibat ditembak oleh peluru getah.

Bapa Ahed, Bassem Tamimi, yang telah menghabiskan masa empat tahun di penjara Israel berkata, mesej demonstrasi ini adalah jelas bahawa Palestin tidak akan berdiam diri dengan tindakan kejam Israel.

“Bertahun saya tinggal di penjara Israel, saya faham perasaan anak saya dan mereka yang berada dalam penjara. Bagaimanapun, saya bangga dengan mereka, berjuang untuk Palestin,” katanya kepada Al Jazeera.

Sementara itu, seorang lagi ahli keluarga aktivis, Manal Tamimi, yang ditahan bulan lalu ketika demonstrasi lain, menuntut pembebasan saudara-saudaranya.

 

 

“Walaupun pengganas Israel menangkap kanak-kanak dan wanita di kampung, kita akan terus berjuang menentang perkara ini,” katanya.

Ahed Tamimi, 16, ditahan pada 19 Disember dalam serbuan di rumahnya di kampung Nabi Saleh selepas video menunjukkan dia memukul dan menampar tentera Israel menjadi tular.

Ahed didakwa pada 12 pertuduhan awal bulan ini dan boleh menghadapi 10 tahun penjara. Ibunya, Nariman, dan sepupu Nour yang berusia 20 tahun juga ditahan. Nour bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Sertai kempen Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa: bit.ly/subuhaqsa

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *