home Semasa Kesatuan Eropah sokong Baitulmaqdis Timur ibu negara Palestin

Kesatuan Eropah sokong Baitulmaqdis Timur ibu negara Palestin

 

BRUSSELS – Kesatuan Eropah (EU) memberi jaminan kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bahawa 28 blok negara itu menyokong usaha Palestin untuk menjadikan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara masa depan mereka.

Pada pertemuan dengan Abbas di ibu pejabat EU di Brussels pada Isnin, Ketua Hal Ehwal Luar EU, Federica Mogherini menolak keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Saya ingin meyakinkan Presiden Abbas mengenai komitmen tegas Kesatuan Eropah kepada penyelesaian dua negara terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara bersama kedua-duanya,” kata Mogherini.

Mogherini juga menyeru mereka yang terlibat dalam proses untuk bersuara dan bertindak ‘bijak’ dengan rasa tanggungjawab.

Abbas sebelum ini, menggesa EU untuk mengiktiraf negara Palestin dengan serta-merta.

“Kami berminat meneruskan cara rundingan. Kami bertekad untuk menyatukan kembali rakyat dan tanah kami,” katanya.

Timbalan Menteri Luar Jerman, Michael Roth pula berkata, keputusan Trump menyebabkan hubungan rakyat Palestin dan Israel lebih tegang.

Menteri Luar Perancis Jean-Yves Le Drian juga berkata, Paris akan menggesa EU menawarkan hubungan dagangan yang lebih baik dengan Palestin, menerusi perjanjian yang meliputi akses tidak terkecuali kepada 500 juta pengguna blok EU. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Sertai kempen Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa: bit.ly/subuhaqsa

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *