home Semasa Parlimen Greek benarkan undang-undang syariah untuk umat Islam

Parlimen Greek benarkan undang-undang syariah untuk umat Islam

 

ATHENS – Parlimen Greek semalam mengundi membenarkan pelaksanaan undang-undang syariah dalam pertikaian keluarga menjadi pilihan untuk minoriti umat Islam di negara itu.

Perdana Menterinya, Alexis Tsipras menyifatkan undi itu sebagai ‘langkah bersejarah’ kerana ia memperluas kesamarataan undang-undang kepada semua rakyatnya.

Perundangan ini akan membenarkan peguam Islam untuk memilih mahkamah Greek bagi menyelesaikan perselisihan keluarga dan tidak perlu lagi merujuk kepada mufti.

Bagi urusan undang-undang keluarga, rakyat Greek secara amnya akan mencari jalan penyelesaian dengan mufti untuk perkara-perkara seperti perceraian, hak terhadap kanak-kanak dan warisan.

Golongan minoriti muslim membentuk kira-kira 110,000 orang di Greece kebanyakannya tinggal di Thrace, sebuah wilayah miskin bersempadan dengan Turki. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *