home Semasa Pemimpin Palestin gesa PLO gantung iktiraf negara Israel

Pemimpin Palestin gesa PLO gantung iktiraf negara Israel

 

RAMALLAH – Pemimpin Palestin yang mengundi semalam menggesa pengiktirafan yang diberi terhadap Israel digantung, sebagai tindak balas terhadap tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Undian itu dibuat oleh anggota Majlis Pusat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), yang menggesa pertubuhan itu menggantung pengiktirafan berkenaan sehingga Israel mengiktiraf negara Palestin, menghentikan pencerobohan ke atas Baitulmaqdis Timur dan membatalkan pembukaan penempatan baharu.

 

 

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada pengundian majlis berkenaan sesuatu yang wajib dilaksanakan oleh PLO. Pengundian majlis itu pada 2015 lalu yang mengarahkan kerjasama keselamatan dengan rejim pengganas Israel digantung, tidak pernah dilaksanakan.

Dalam satu kenyataan hari ini, anggota majlis berkenaan memberi mandat kepada jawatankuasa eksekutif PLO untuk menggantung pengiktirafan terhadap Israel, sehingga Tel Aviv turut mengiktiraf negara Palestin.

Dalam pengundian itu, 74 ahli majlis bersetuju, dua menentang dan 12 berkecuali. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Sertai kempen Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa: bit.ly/subuhaqsa

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *