home Semasa UMMAH tidak gentar tuduhan, makin semangat pejuang nasib Melayu Islam

UMMAH tidak gentar tuduhan, makin semangat pejuang nasib Melayu Islam

 

BANGI – Gerakan Pembela Ummah (Ummah) tidak takut berdepan dengan tuduhan dan kontroversi yang sengaja diputar belit media liberal.

Ia bermula daripada salah faham yang timbul apabila media liberal cuba menokok tambah kenyataan Pengerusi Ummah, Ustaz Ismail Mina, ketika Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU) pada 13 Januari lalu.

Ustaz Ismail dituduh menidakkan sejarah sumbangan pahlawan-pahlawan negara daripada bukan Islam dalam mempertahankan negara daripada ancaman komunis.

Beberapa portal menokok tambah, mendakwa Ustaz Ismail Mina menyebut ‘hanya orang-orang Melayu sahaja yang berjuang mempertahankan negara dalam menentang komunis dan musuh negara lain’.

Menyifatkan tuduhan yang dilemparkan sangat tidak berasas, Ketua Sekretariatnya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, apa yang dilakukan mereka hanya untuk mencemar nama Ummah yang menggabungkan lebih dari 300 Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam di negara ini.

 

 

“Media-media ini tidak mengambil semua fakta yang diucapkan Ustaz Ismail, mereka tokok tambah hingga akhirnya timbul salah faham dan kekeliruan.

“Kita tidak peduli dengan komen negatif yang sengaja dicipta mereka, kerana itu bukti mereka takut dengan kebenaran. Hakikatnya ramai yang menyokong Ummah,” katanya kepada Ismaweb,net hari ini.

Mengulas lanjut Aminuddin berkata, apa yang lebih penting adalah konvesyen Ummah berjaya mengumpul ratusan ketua-ketua Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang secara keseluruhannya memberi mesej jelas dan positif kepada rakyat.

“Ummah tidak akan merasa gundah gulana dengan sedikit komen-komen negatif yang diterima, malah lagi bersemangat untuk terus perjuang nasib Melayu Islam di negara ini,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Sertai kempen Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa: bit.ly/subuhaqsa

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *