home Semasa Dua remaja Palestin mangsa korban serangan pengganas Israel

Dua remaja Palestin mangsa korban serangan pengganas Israel

 

SEMENANJUNG GAZA – Dua remaja lelaki Palestin disahkan meninggal dunia hari semalam, akibat kecederaan serius angkara serangan mortar rejim pengganas Israel ke atas Semenanjung Gaza, pada Sabtu.

Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan kematian dua remaja masing-masing berusia 17 tahun itu, yang dikenal pasti sebagai Salam Sabah dan Abu Sheikha.

Menurut saksi, kedua-dua remaja berkenaan cedera parah dalam serangan rejim pengganas Israel di timur Rafah, di selatan Gaza pada Sabtu.

Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia di hospital, semalam.

Kelmarin, rejim pengganas Israel melancarkan serangan ke atas enam kawasan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Semenanjung Gaza.

Ia didakwa sebagai tindak balas terhadap letupan peranti berhampiran sempadan selatan Israel-Gaza, awal pagi Sabtu yang menyebabkan empat anggota rejim berkenaan cedera. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *